Showing posts with label Baby Food. Show all posts
Showing posts with label Baby Food. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

Kehilangan Lagi...

Posted by makcikrehan KJB at 12:21 PM 0 comments
Sebelum tu baca sini dulu






































Dan semalam, tag yang dipakai si boya hilang lagi
satu romah kena kerahan tenaga mencari tag kerja Babah

Aisyah tah baper kali jerit : saya dah jumpa! saya dah jumpa!
rupa-rupanya dia jumpa kad bonuslink aku yang misplaced sejak berkurun lama
dan kalendar kerja yang biasanya Babah dia sangkut sekali dgn tag
bengang giler bapak ko nakk... kah kah kah!

Mencari barang hilang punya pasal,
terbongkarlah sampah-sarap dan habuk-habuk belakang rak tibi, bawah sopa, celah lemari bagai...
kalau saja-saja jangan harap aku nak carik pasal geledah tempat-tempat tu tau!

Malangnya...sampai ke pagi tadi...
tag kerja Babah yang bernilai RM50 kalau nak renew masih jugak tak jumpa

Sudah berapa kali kubilang-bilang, kuratib-ratib wahai abang
barang-barang yang berharga jangan dicampak-campak sebarang
sekarang sudah hilang kan tak pasal-pasang wang melayang
jangan nak marah-marah sama saya pulak ye bang
kang tetiba saya pulak yang naik berang

Perghhh... tetiba jer aku dapat buat ayat beritma
Bakat terendam tu namanya ekekeke

Anyway, malam tadi lepas kepenatan mencari barang tak jumpa-jumpa
pukul 9.30 mlm semua orang kena kerah tido awal
pukul 5 pagi Imam Muda melalak sebab diaper basah dan nak susu
terpaksa la aku bangun menyelia apa yang patut
dah alang-alang terbangun awal pagi
aku pon gagahkan la diri masak nasik...konon nk buat nasik gorem untuk sarapan pagini

Semangat nak membento tetiba berkobar-kobar
sebab aku dah dapat tupperware baru yang aku batakkan sejak 2-3 minggu lepas
muahahahahahahaha....




















3 orang maknosia di atas,
aku saaaayam koram!

Semalam aku beli pakai no pin Fiza,
esok-esok kalau angin batak tapawe aku dtg lagi
aku pakai no pin Pijah dengan Yong plak ekkk

Dalam mamai-mamai aku masak nasik 1 pot
rasa macam dah sukat ruas jari mcam biasa dah masa nak bubuh air
sementara tunggu nasik masak, aku pon ketung-ketangla menumbuk cabai segala
eh, pesal rasa cam lambat sangat nasik aku masak ehh...
marilah kita pegi jenguk kejap...

Huwaaaaaaaa.... nasik aku lembik noks!
bukan lembik sikit-lembik tau
ini lembik yang very theeee.... lembik!

Abih apa kes bahan-bahan yang dah dimayang, diganyang tu kan?
nak tanak, gorengler jugakkk

Elok aku siap masak-masak,
Tok Laki pon dah siap semayam dok siap-siap pakai unipom

Aku tau dahh... dia ni kalau nasik lembik-lembik ni memang tak jalan punya kan
nak bawak bekal nasik lembik kalu jangan harap la kannnn

Tak yah bawak bekal Bang, nasik saya lembik... 
kang jatuh reputasi rebel saya kat kengkawan opis abang
tapiiii.... sila habiskan semangkuk ni sebelum pi keja
kalo Abang tak makan, saya kecit ati sekarang jugak!

Dengan muka kelat-kelat maung
PS berjaya habiskan semangkuk nasik gorem lembik
kang bini kecik ati sapa susah?
hakoooooo jugak! *kata beliau dalam hati - gamaknyer lah*

Korang nak tengok ropa paras naik gorem lembik aku kannns...
Nahhhhh....!!

x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x

Inilah dia nasik gorem lembik yang aku bawak mai opis

























Abaikanlah juadah di dalamnya
itu bukan motip utama entry ini agagagagagaaaa :))
motip utama aku tak lain tak bukannnnnn

x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x


cantik tak tapawe sekat-sekat aku?




Thursday, November 25, 2010

MACEM-MACEM HIDANGAN

Posted by MR at 5:31 PM 9 comments
Mood hindonesyia tak habeh lagi :))


Haku yang masakin semalam
sambil gigil-gigil lutut menahan laper
jangan ditanyain nama resepi... tunggu aja dibukukan,
dan beli di kedei mamak utk nyalin resepi penuh!




Fitnah ya hamat kalu ku bilang ini haku yang masakin kan
Bihun Sup enak bikinan gerai Sekilas Pandang depan sekolah menengah dekat Batangkali
[kalo dari traffic light, sebelum nyampei Kedai Kek Sue]
Syani, kamu udah rasain? Yukk... dicoba yah!


 Ini Mee Kari di kedei yang sama, Kak Ina yang punya.

Enak-enak banget masakannya,
dan yang penting, harganya juga patut-patut dong!










Wednesday, October 20, 2010

BENTO : MEMASAK MEMANG TIDAK SERIK....

Posted by MR at 1:07 PM 6 comments
Dari hari Sabtu tak memasak [kecuali masak air]
tu pon pakai kettle letrik
trauma masih ada... tapi keinginan nak memasak membuak-buak
cehhhh... buak la sangat! :))

Tak syok bila hanak-hanak tak makan masakan mak depa
pagi-pagi especially... asek beli nasik lemak lauk tolor
[kopak la mama... satu hari sengget setengah!]

Semalam baca kat blog Kamalia
dia buat scramble egg with sosej
Tinggggg!! ----> bunyi mentol idea menyala :-p


Tadaaaa..... scramble egg with sosej dalam rice cooker!

























Senang.... simple.... selamat....
dannn....

























Sedaaaaap!







Tuesday, October 12, 2010

HARI AHAD

Posted by MR at 11:40 AM 2 comments
Hari Ahad adalah hari dengan cogankata berikut :
Bini tak masak dari pagi sampai malam sebab tak nak kotorkan dapo
dan malas nak defrost ikan dalam freezer
dan malas basuh pinggan-mangkuk
dan...
dan...
dan...
sila isi tempat kosong ekekekeke

Jadi, silalah pandai-pandai bawak diri wahai ahli keluargaku :-p

Eh tapi untuk si putera mahkota haku tetap masak tau...
syian hanak aku... dah la kecit kan...




























Tak payah susah-susah bang,
pasor malam kan ada... jom kita bantu perniagaan mereka hahahaha....
































Thursday, October 7, 2010

KEMBUNG

Posted by MR at 10:35 AM 2 comments
Perut buncit sedang kekembungan [mungkin]
Sedikit ketidakselesaan di situ
diagnosis sendiri mengatakan,
barangkali urat kentut tersimpul rapi.
Maka perlu dilonggarkan sedikit,
agar carbon dioxide bisa keluar

Minyak Yu Yee Cap Limau,
keciknya botol engkau,
Mana cukup aku nak lumur ke perut lebau!

Cukup dulu... nak pi lumur minyak angin lagi
mana pegi budak Nurul dengan Nana RESAIKEL nih
dah pukul 10.30 tak nampak bayang!

Oh BTW, ini masak pagi tadi.
yang membaham, hanya emak budak dan hanak-hanak
bapak budak bertugas di luar,
jadinya malu nak bawak bekal masakan bini
takut kena ejek dengan kawan agaknya :))





































Wednesday, October 6, 2010

BENTO LAGI

Posted by MR at 8:09 AM 6 comments
Ada yang tertanya-tanya,
BENTO tu apa Makcik?
 

BENTO tu adalah... Ben10 naik moto!
ekekekekek....


BENTO tu bekal la weiii....
Alah, macam orang Jepun punya yang kita tengok dalam drama Oshin tu...
Tapi dalam Oshin depa bungkus BENTO box tu dengan kain macam gambar kat bawahni
Maklumat lanjut berkenaan hal-ehwal budaya Jepun, sila hubungi perempuan ini :-p 






















Haaaa... tak payah nak gigih-gigih beli Bento Cloth macam kawan aku yang sorang tu
kunun nak feeling-feeling jadi orang Jepun nak bungkus bekal bagaiiii
apa ko hengat ko duduk kat kaki Gunung Fuji sampai ko nk bungkus-bungkus Bento ko?
Jangankan nak bungkus Bento... bekalnyer pon belum tentu ko bawak kan! hahahaha....

[gambor from google]











Halamakkkk... Bento box kat bawah ni lawo la weiii...
aku nak! aku nak! aku nak!
mana mau carik hah?
kat Daiso ader tak ekk?































Anyway, ini BENTO kami anak beranak hari isnin tadi....


























Ader pernah dibuat orang?
Laki-bini, hanak-beranak... hadap bubur nasik satu periuk beso di pagi hari???

Bini mitali rafia               :  Bang BENTO banggg... jangan lupa!
Laki lindungan kaabah    :  BENTAN lah aku harini... seharian nak kena hadap BENTO bubur nasik ko nih!









Monday, October 4, 2010

BENTO

Posted by MR at 1:57 PM 6 comments
Duit jimat, rasa hebat!

Tang jimat tu buleh jugakla nak pecaya,
tapi tang rasa hebat tu.... memang auta!

Popiah inti otak-otak tu frozen mari... aku tukang goreng jer
bihun sup yang dah kena serap kuah dia tu... campak tumis asal cukup syarat jer
bedal jerla apa yang ada dalam peti sejuk beku tu






































Bento berlainan untuk mengisi perut-perut yang berlainan keinginan.
Alah, toksahlah dok gatai nak kagum, nak buat idola bagai...
aku masak nasik hayam pakai ikut tekap resepi sebijik-sebijik pon tak jadik weiii....

Bento akuni, hanak-hanak dgn laki aku jer yang 'terpaksarela' ngabiskan! ekekekekeke...


Friday, October 1, 2010

MACARONI REMPAH FAIZA

Posted by MR at 8:05 AM 2 comments
Breakfast hanak-hanak edisi semalam.
Macaroni sup, kuah dia dah kering kena serap.
Teknik masak sama macam megi sup semalam,
cuma kalini bubuh chopped fish nugget cap Ramly.
Rempah sup Faiza tidak dilupa.































Lepas siap masak, terus kaut masuk bowl nak sejukkan.
Bawak pi depan, nak suap budak-budak yang lapor mcm anak burung ciak
1 scoop beres!
2 scoop beres!
3 scoop... uhuk uhuk uhuk.... terus hulur besen :))
tapi tak bluwek.... Selamat di situ.


Letak bowl atas meja tibi
hangkat muntot berat pegi dapo nak ambik air masak
kembali ke depan tibi.... lemah lutut haku....

Asrap tuang bowl tadi kat badan!
dari walker, sampai ke baju, sampai ke badan, sampai ke lantai.... belemoih dengan macaroni!
kalaula anak orang, dan-dan aku jerit suh mak dia datang ambik bawak balik

Pause suapan kejap. Bersihkan lantai. Sambung suapan.
Tengok hanak-hanak berselera, mood masih stabil.

Dah memasing buntang kekenyangan,
bior depa bergolek depan tibi...
makcik masuk bilik nak mekap-mekap :-p

Tak lama kendian mencah masuk bilik
lumpat-lumpat atas katil,
suruh dia baring nak tuko diaper....

Belum sempat dia baring,
uhuk! uhuk! uhuk!
Bluweeeekkkkk!
Selambak atas katil
.............[ikon menangis guling-guling]................

Terus bertukar jadi harimau bintam-bintam!
hangkut budak-budak masuk keta terus
pampers tak jadi tuko, kain tak jadi sidai, lipstik tak jadi pakai!

Pagi semalam hujan sangat lebat
Traffic pon melekat dan sendat

Kronologi rumahtangga + kronologi jalanraya,
Mood yang tadinya stabil, terus terkehel!

Kena cari gaduhni.... baru buleh lega
capai talipon - medium untuk melampiaskan kemarahan
mangsa telah dikenalpasti....

Tunggu next entry kalau nak tau sapa yang kena!







Thursday, September 30, 2010

FAST BREAKFAST!

Posted by MR at 4:51 PM 3 comments
Dah macam compulsary pulak prepare breakfast untuk depa skangni.
Tidak buleh tidak... kalau tidak kena pow nasik lemak tolor :))

RM1.50 x 5 hari bekerja = RM7.50
Itu baru depa punya...
Aku punya lagi.... :))


So,
ini semalam punya... megi sup super fast!

Cooking oil dua-tiga percik, campak chopped onion & garlic
campak bunga lawang, kayu manis <--- poyo lebih :))
Tuang air, campak carrot, campak mi megi, campak fishball
kasi taruk serbuk sup Cap Faiza, pecah tolor...

Siap!


























Jangan buat pitnah semberono.....
makcik kan ibu meeeethaliiiiiii :-p

Tak letak serbuk perencah megi pon tawww




Monday, September 20, 2010

DDMR : SIAKAP, KOLAM, BAN PECAH DAN EMAK

Posted by MR at 10:44 AM 5 comments
Hajah Faridah ada kat Rawang dari hari Khamis aritu
semalam dah hantar beliau ke rumah adik beliau di Klang
datang sini sempena 2nd check-up mata di spital selayang

Sempena mak mertua beliau ada di sini,
satu-satunya menantu jantan beliau buat masa ini ya'ni PS korang
mengambil peluang melepaskan gian pegi memancing
eksyen ko bang, tunjuk skill mancing kat kolam bayar
memang kompomlah dapat ikan kan
cuba kalau mancing kat Ban Pecah,
sampai nak pecah batu bertangkup,
hanak ikan gelama pon belum tentu dapat :))

PS dapat 4 ekor siakap setelah 3 jam 'sunbathing' kat kolam depan Taman Bayu
2 ekor dia bawak balik, lagi 2 ekor dia jual balik kat Bangla jaga kolam tu
sib baik jual balik... kalau sumer dia bawak balik,
terpaksalah aku heret beliau pegi Sen Heng dan-dan tu jugak,
pegi beli peti sejuk baru yang lebih besar dan stylo macam Bidan Leha punya :))



































Jangan fitnah duluuuuu.... aku tidak sekeji itu tawww
Siakap besor lengan tu makcik ko yang menggigih siang okeh
Puan Hajjah makcik tu buat kerja yang  manja-manja saja tau
makcik suruh beliau potong bawang dan kentang yang dah siap kupas ajer
makcik suruh beliau pandang kamera, beliau enggan...
enggan menumpang populariti anak beliau kekdahnya... hahahahaha....
























Hasil air tangan Hajjah Faridah... sup ikan siakap yang super sedap!
Sayur togeh tak semenggah tu sapa lagi yang buat khennn...
kalau bukan anak beliau yang tak semenggah ni... :))
Ada lagi 2 lauk sampingan, tapi haku tak sudi nak tangkap gambo
sebab.... sebab... LAUK BELI! ekekekekeke....

Pemotong lemak [kunun-kunun] untuk tengahari tu adalah ice lemon tea
walaupon aku bukan landlord yang tanam pokok lemon di belakang rumah,
setakat lemon sebijik nak buat air se'jug' tarak hal lah kannn...
kat NSK Rawang belambak ada jual tawww


Balik raya baruni, tak dan jugak nak pi merendek ke Ban Pecah
padehal sekentut jer jarak dari rumah emak.

















Sunday, August 15, 2010

HA MAKAN NAK MAKANNNN....

Posted by MR at 9:01 AM 5 comments
Bulan-bulan posa ni makcik malas tau nak masak tengahari
kang aku yang lapo lebih tengok depa makan
dah la asek ulang alik dapo dok bikin susu depa

Tapi time weekend mmg tak leh elak
nak tanak kena gak masak cincai-cincai untuk depa

Ni semalam.. Mencah dok bukak tutup peti ais carik coklat
manada coklat dah nak oiii... semua hang dah kibat perabih!

Dah nampak macam lapo kemain,
aku pon masakla untuk dia... tiub beskal!

Rebus sampai empuk tiub beskal ni...























Pastu panaskan 2 sudu ni...























Pastu lempor mender-mender nih [cincang ikut dan jerlah!]























Lepastu campak 2 ketul mender nih... kasi cincang!
























Pastu tuang ni... hagak-hagakla banyak mana suka..

























Pastu humban tiub beskal yang dah rebus tadi dlm kuali...
Last sekali taruk garam sikit... pastu renjis mender ni...
























Kedip-kedip mata.... siap!!
























Fingsan tau!
nak makan hok yang mahal, hok yang western semedang,
kalau suap nasik, baru 2 suap dah buat-buat nak muntah!
yang gini-gini... dari tengahari sampai petang... 3 mangkuk dia tibai!

Saturday, July 24, 2010

BERAS KISAR UNTUK SI MANJA

Posted by MR at 11:51 AM 5 comments
Tajuk entry ada feeling-feeling ibu sejati kan?

Teknik baru dalam penyediaan makanan bayi
diperturunkan daripada perempuan ini
yang juga pemilik kedai ini...


mama.and.kids



Beras dibasuh bersih, tos kan...
Toksah buat banyak sangat, 1 atau 2 pot dah cukup






















Lepas tu di sangai sampai beras jadi kering
janganla sampai hangit, kang tengit plak bubur tu nanti
taruk daun pandan untuk effect wangi





















Lepastu blend guna blender kering
darjah kehalusan, ikut tekak hanak-hanak masing-masing





















Simpan alam bekas kedap udara yang kering
bila nak masak, ambik 1-2 sudu besar,
masuk dalam periuk kecik... tambah air... masak macam bubur biasa

potong carrot dan kentang [atau apa2 sayur yang sesuai] jadikan cube kecik-kecik
masukkan dalam periuk sama-sama dgn beras
kejap ajer dah siap, pastu tak yah susah2 nak tunggu sejuk nak blend
Sapa suka taruk ayam, pon boleh taruk ...

Tapi makcik tak suka introduce ayam awal sgt kat baby
kang asek nak mengayam ajer <--- ok, word tu cipta sendiri
what i did was... sangai ikan bilis sampai rangup
lepastu blend kering sampai halus [untuk pastikan tulang bilis betul-betul hancur]
bila nak bagi baby makan, tuangkan serbuk bilis tu dan kacau sebati
tak payah garam dah... sedapppp <---kata Asyraf  :))

Kalau nak mudahkan penyimpanan serbuk ikan bilis,
simpan dalam bekas yg ada lubang-lubang halus mcm bekas lada sulah tu
kalau nak beli, tupperware ada jual bekas tu... jap nak carik gambar...

Haaa... ni dia gambarnya...













OK, sekian sahaja perkongsian ilmu ibu-ibu moden untuk hari ini :))




Saturday, June 12, 2010

ZAMAN KAMU DAH BERLALU WAHAI MENCAHHHH.... SILALAH BERI LALUAN KEPADA ADIK PULAK

Posted by MR at 2:25 PM 4 comments
Makcik tatau apa nama saintifik menderni
ni kira gadget baby la ni kan...
mcm biasa... konsepnya adalah...
ANAK KORANG GONYEH, 
ANAK AKU NAK GONYEH JUGAK

Beli masa zaman Mencah baby dulu
pakai 2,3 kali saja... pastu mcm biasa jugak
simpan dalam-dalam sikit dalam lemari
jangan bagi laki nampak, nanti kena keji

Semalam teringat nak bagi Asyraf pulak gonyeh bendani
sebab Maklom Ibu bagitau dia berak keras
sampai gigil-gigil satu badan meneran

Makcik pon beli 2 bijik mangga chokanan [ker chikunin ntah lupa]
pastu kupas, potong-potong bagi Asyraf gonyeh
dengan harapan, buleh lawas dia punya sembelit

Lepas bagi kat Asyraf,
makcik pegi dapo basuh pinggan kejap
sekali dengar si Asyraf nangis-nangis
terpaksa la pulak hayun muntot berat pegi usha line kat depan



Kakak idom kembam sudah hi-jack adik punya gadget gonyeh!





Suruh bagi balik kat adik dia enggan...
Saya nakkk... saya nakkk....

PS kata, mau rabak jala gonyeh tu dapat kat dia!


Saturday, May 1, 2010

KALAU BUKAN MAKCIK YANG MASAK SAPA LAGI....

Posted by MR at 2:26 PM 4 comments
Kira habis jujur tau makcik korangni
yang lazat makcik tunjuk
yang hazab pon makcik tunjuk jugak
ai am no 'hipokerit' hokay!

Bukti bergambar
untuk satu lagi masakan yang mengundang kejian dari PS


Keras, liat, masin, payau semua ada!

Tapi makcik ada pengubat duka lara taww....

Mamaaaaa... saya terbau sesuatu yang lazat di sini...
Mama buat pizza kerrr?

Bukannnn... mama buat bread...
tapi bread mama tak jadila....

Wowww... bread....
Saya suuuuka breaddddd....




Habih seketui roti T-rex tu kat anak makcik
lapaq punya pasai... keh keh keh


Lagi sekali... mujur aku ada anak!






Photobucket

Monday, April 19, 2010

DDMR : DAGING DAN SAYUR

Posted by MR at 10:32 AM 4 comments
Bangun pagi Sabtu, 
Mak-bapak budak dan anak-anak lapaq melahaq
Peti ais kan dah habaq... nyaris kosong
so, mak-bapak dan anak sulung mereka
bedal spageti urat halus pakai sos kimball ini
mujoqla ada saki-baki sosej dlm peti...

Settle breakfast, pikir lunch pulak
 Takde nak cover-cover
daging blackpepper ni, bulat-bulat makcik pakai MAGGI punya


Untuk tekak anak kecik apa pulak?

*
*
*
*
*

Anak kecik makcik makan ini...


Opppss... tercekikla bujang hensem aku tu kalau kena sumbat ketui besaq laguni...



Opppsss lagi!
Keras kejung, sejuk beku laguni pon tak mungkin....



Thats better... taruk bilis kisar...
yummeh! [kata Asyraf :-p]

Makcik cuti lagi harini. 
By the time entryni kuar
Makcik is sending the kids to Along Bukit Beruntung.
Lepas hantar budak2, ada lunch date dgn PS yakni somi sendiri
dan lepas itu bergegas ke CIMB Bank....


*Insurans dan roadtax si kontot bakal expired 24 April ni*






Photobucket

Monday, April 5, 2010

DDMR : CEK MEK MOLEK

Posted by MR at 4:18 PM 5 comments
Ingat lagi keledek Pasar Pagi Rasa haritu?
Ini dia Puan Umi Salwa.... keledek rebus versi Makcik Rehan


Dah siap rebus, buang kulit. Manis isi dia...
nanti buleh beli lagi....




















Ambik secolek utk campur dalam puree Asyraf
laju dia makan... tp makcik tak berani bagi byk2
keledek ni angin kata orang kan...




















Selebihnya dilenyek, di uli dgn tepung dibuat cek mek molek




















Goreng.... suspen masani. Takut gula dia meleleh kuar mcm masa Sofie buat haritu




















Kuar jugak gula kat dalam tu, tu yang hitam2 jadinya
Makan panas-panas sambil tengok tibi




















Lepastu makan, pakat sendawa dan kentut ...angin :-)
Aisyah lagi best.... selambak dia muntah lepas mkn kuih ni
Pantang angin sikit, budakni memang kompom muntah punya
dah kehazaban mak dia nak mengemop malam-malam buta!





Photobucket

DDMR : RAINBOW CAKE

Posted by MR at 11:20 AM 6 comments
Birthday girl asyik mintak cake
sebab dah banyak kali cakap kat dia,
nanti birthday awak, mama buat kek yang besar... ada lilin
ada party, ada balloon

Partynya belum decide nak buat bila
ingat nk buat mingguni,
dah PS pulak nk pegi OS
tengoklah camana

Anyway, untuk tidak menghampakan si anak
Makcik tunjuk buku resepi yang beli kat book fair haritu
suruh dia pilih kek apa yang dia nak
nampak jer kek warna-warni ni... terus cakap nak kek rainbow macam ni
mujur dia pilih kek yang senang
kalau dia mintak kek kukus ker.. cheese kek ker... *mampuih*




















Assistant chef, semedang nak 'tolong'....






















Gerun pulak tengok colourings bukan main pekat laguni
mentang-mentang byk stok pewarna kat rumah
aku tibai ikut sedap hati! Dah mcm kaler seluar Sathia dah ha...
[kesian, tak pasal-pasal Sathia pulak kena :P]





















OK, Aisyah... show it to the world! Heheh....





















































Actually kek ni tak jadi sgt. Mujur tak bantat
Patutnya kena bakar lebih kurang sejam
Entah Makcik salah setting oven agaknya... 30 minit dah masak!
mula-mula dia naik sampai merekah-rekah macam apam cawan
lepastu tiba-tiba dia turun mendap.
tapi nasib baik tetap lembut dan still ada rupa 'kek'

Nak habaq maiii... lepas dah menikah kannn
inilah kali pertama buat kek dari raw material hokay
sebelum-sebelumni dok pakai premix saja

Last buat kek dari raw material masa belum menikah dulu kann
kek tu bantat-sebantat-bantatnya!
Adik beradik Makcik pakat gelak sampai nak tercabut bumbung rumah

Dahla masatu nak sambut raya
sampai habih raya kisah kek bantat aku dijaja kat org yang dtg beraya!



Photobucket

ShareThis