Showing posts with label My thought. Show all posts
Showing posts with label My thought. Show all posts

Friday, February 10, 2012

Halal dan haram vs makhruh dan syubhah

Posted by makcikrehan KJB at 8:24 AM 2 comments
Assalamualaikum WBT

























Not only their Babah,
Me also; praying for both of them to be a good Khalifah to Allah The Almighty.
Who doesn't kan? Se 'loqlaq' mana emak dan ayahnya, bab anak mesti nak yang soleh kan.
Ya Allah peliharalah keluarga dan keturunan kami. Jadikanlah kami hamba-Mu yang soleh.

Tapi kan, anda semua pernah terfikir tak tentang keberkatan rezeki yang kita cari,
yang kemudiannya kita suap bagi anak-anak makan,
lalu meresap menjadi darah daging dalam tubuh badan mereka?
(dan tubuh badan kita juga kan)

I am not condemning anybody here.
Saya menyoal diri sendiri... adakah rezeki yang kami perolehi saban hari/ bulan itu cukup bersih?
Ayah saya selalu cakap, habuan yang kotor... apabila menjadi darah daging,
maka terbentuklah jiwa dan peribadi yang bertempiaskan habuan yang kotor itu tadi.
Na'uzubillah.

Mencari yang halal itu adalah fardhu. Semua orang tahu.
Namun, jika semata-mata membezakan antara yang halal dan haram,
tetapi pejam mata tentang yang syubhah dan makhruh,
maka itu pula adalah salah satu petanda iman yang lemah.
OK, this is wake up call for me. Harus berusaha lagi mensucikan harta.

Of course, pengertian rezeki yang bersih dan berkat itu sangat luas.
Have no intention to debate about it here.
Saya cuma mengajak kita-kita semua berfikir mengenainya.
Something to ponder di hari Jumaat yang penuh Barakah ini.

BTW, the above is PS's handwriting on a choc box - bought for the kids during his OS trip.
Aisyah is so proud upon seeing that. Dia memang suka dapat dedication macamni.
Gigih datang tunjuk kotak kosong kat Mama dalam bilik. Coklat dalam tu habis semua dia tibai :))
"Mama, Babah tulis ni untuk saya dengan baby"
"Babah suruh saya dengan baby jadi anak soleh dan solehah"
Of course Babah dia ler yang bacakan notes tu untuk dia. Dia manatau baca :p
Itulah Aisyah, sangat appreciative orangnya.

Speaking of handwriting kan, PS selalu cakap;
"Tulisan Abang buruk. Awaklah tulis" - when there's any form to be filled.
Mengelat sangat kan?

Buruk ke? Taklah sangat, sikit jer. Hahaha.
Takperlah tulisan buruk Bang, janji hati bayek.
Wahhhh... tetiba puji laki. Kahkahkah.
Nak bodek pressure cooker Amway macam Kak Mah Gali lettew!




















My house usually very messy on Friday (dalam gambarni sikit jer baru),
Hari lain pon messy jugak, tapi Jumaat adalah extra messy :))
Terperasan konon-konon esok Sabtu ada part-time maid datang kemas romah!
Har har har harrrrommm.... banyaklah kau punya maid :))
let's cuci-cuci kawan-kawan! (^__^)





Thursday, February 2, 2012

Perniagaan lumayan di akhir zaman

Posted by MR at 7:37 AM 5 comments
Assalamualaikum WBT

Aku baru balik melawat kawasan. Takleh jengah selalu, nanti hati aku berbulu! Hehe.
Juling bijik mata aku tengok barang orang memahal dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Eh, kaki kau ada cagu? hua hua hua.

Tapi entah kenapa,
kemewahan itu tidak mampu menjentik hatiku untuk angkat talipon,
dan bertanya macamana diri kau mengkaya ha?
*tapi aku pernah test-power, hantar emel, tapi lepastu depa ajak jumpa pulak*
Adakah aku sorang saja yang tak hingin kaya raya cam depa?
Adakah pintu hatiku sudah tertutup untuk mencari kemewahan di donia nan fana? *gulp*

Isk, tak bagus tu. keinginan untuk hidup senang harus ada.
Kemiskinan itu hampir membawa kepada kekufuran.
Nauzubillah, aku takmau kufur. Tapi aku juga takmau takbur.

Jadinya, malam tadi aku pon duduk berangan sambil mengasah minda,
apa yang orang lain fikir sampai mereka boleh terlibat dalam kancah money game ini?
Oh musykil...

Lalu aku merekayasa hipotesis dalam hati :
Mungkin mereka terdesak sebab terlalu banyak hutang nak dibayar tiap-tiap bulan
PTPTN nak kena bayor sampai umo 45 tawon katakan,
Umah semi-D bertingkat-tingkat pon dah makan ribu sebulan,
yuran skolah private anak lagi... etc etc etc
abih bila tahun nak merasa pakai BMW mata bulat kan?
Kalau periuknya besar, harus keraknnya juga besar kan? Ya begitulah.
Lalu mereka perlukan pendapatan tambahan yang lumayan,
dengan cara yang mudah dan singkat. Wah!

Dalam list fesbuk aku, ramai yang aku dah hide atau unsubscribe,
dulu ramai sangat yang menggila tayang duit berkirai cam kipas kat fesbuk
lagi letak status-status yang selalu menjadikan aku ringan tangan dan mulut nak mencarut
money game sungguh!

Tak perlu jual barang,
Tak perlu modal (hanya buat loan 8 tingkat dengan bank!),
Tak perlu itu, tak perlu ini... tapi menjanjikan pendapatan five to six figure. Wah!

Kalau anda ingin tahu caranya, call atau sms saya sekarang!
biar saya tunjukkan jalannya... Wah!

Sistem Mu'amalat mana yang depa pakai ntah
Jual barang sekali saja seumur hidup, tapi mengkaya sampai 7 keturunan
Hebatnya otak meniaga umat akhir zaman ni kan?
Aku jerla yang tersengguk-sengguk juai baju, juai kain dari muda sampai tua
Orang lain main susun askar lapan belas lapis kat bawah,
bulan-bulan dapat cek ribu-riban, 2-3 bulan sekali pergi melencong obersi,
pastu pergi soping sakan. Eh, bukan soping kat SAKAN tau :))
Lagi dapat pakai kereta mewah berjenama antarabangsa. Wah!

Kalau anda bisa tidur lena dengan wang segedebuk yang di flushed ke dalam system oleh askar-askar bawahan anda, silakan angkat telipon dan buat panggilan sekarang.
Kemewahan tiada tara sedang menanti. Wah!

Tak perlu sesiapa merasa terasa, anda sendiri tahu di mana platform anda.
Kalau anda rasa apa yang anda buat itu betul, teruskan.
Untuk orang-orang seperti saya yang masih percaya kepada sistem mu'amalat konvensional,
jom kita re-stock kain dan baju ke dalam kedai :))

Speaking of re-stock kan,
blouse plus size kat bawahni aku nak re-stock by next week. InsyaAllah.
Sesiapa yang 'belum kurus' macam aku, kalau berminat... meh lah beli. Keh keh keh...












































Wednesday, August 17, 2011

Aqidah

Posted by makcikrehan KJB at 9:00 AM 4 comments
Bismillah...
Salam Nuzul Quran buat semua.

Lupakan kisah kanak-kanak keciritan, they are getting better... InsyaAllah.
Apa sangatlah dugaan kanak-kanak muntah dan cirit
kalau nak dibandingkan dengan nasib anak-anak lain yang berjuang dalam ICU, kan?

2-3 harini, aku terrrrtengok berita kat tivi
kecoh orang Islam pegi majlis anjuran agama lain (di bulan Ramadhan pulak tu)
Rasa macam kena penampor... aku sibuk bermuram durja dengan anak 2 ketul yang tak berapa sihat
sedangkan di luar sana ada ujian yang lagi besar sedang menggugat ummat sejagat!

Berita jenayah, rosak akhlak, pecah rumah, pecah kepala... bukan aku tak tersentap
Tapi kalau berita pasal aqidah... sentapan dia lain macam, pedih hati, berdiri bulu roma...
Lagi sentap dari sentapan pelamin ikan bilis kuasa dua!

Dengan ini... dengan tak malunya, dengan serendah-rendah hati...
walaupun aku sedar tahap keimanan aku sendiri pon senipis kulit bawang jer
aku seru sapa-sapa jer yang sedang membaca belog aku sekarangni
silalah buat sesuatu demi memelihara aqidah anak-anak bangsa kita sebelum menjadi lebih parah

Tak payah pandang jauh-jauh... mulakan dengan keluarga dan anak-anak kita dulu pon dah bagus
Silakan tanam rasa kecintaan terhadap Allah dan agama dari depa kecik
supaya depa rasa bangga dan bertuah lahir dalam agama Islam
supaya di mana pon mereka berada, bersama siapa pon mereka di kemudian hari...
aqidah depa tetap kental dan roh Islami tu melekat terus dalam jiwa

Aku tak pandai nak bagi contoh macamana nak didik anak jadi Soleh dan Solehah
hangpa semua lagi pandai dari aku... buatlah lagumana pon, janji matlamat tercapai
ni aku pesan kat diri aku sendiri jugak...

Aku sayang tak berbelah bagi kat anak-anak aku
Dan aku tau hangpa semua pon sayang tanpa kompromi jugak kat anak-anak hangpa
Aku tak dapat bayangkan kalau anak-anak yang kita kandung, kita lahirkan,
kita tatang dari kecik sampai besaq, bagi pakai baju branded dari kepala sampai hujung kaki
Tapi bila dah besaq, tiba-tiba aqidah depa terpesong...
depa mencari 'cahaya' yang lain dari NUR yang kita suluh dalam hidup depa selama ini

Kalau itu terjadi... hancur dan robeklah jantung jadinya
Terjun gaung pon dah tak guna...

Di sini ada sedikit panduan buat ibu-bapa tak berapa cerdik macam aku
(aku ceduk dari internet lah jugak - kat sini)
Diharap boleh menjadi panduan kepada orang-orang macam aku
untuk nak memulakan didikan asas kepada anak-anak

3 Asas utama dalam Pendidikan Islam :


1) Aqidah
    Mengucap 2 kalimah syahadah dan mendalami Rukun Iman supaya dapat membezakan
    perkara baik dan buruk, petunjuk dan sesat, hak dan batil serta iman dan kufur.

2) Ibadat
    Beribadah kepada Allah adalah tujuan utama hidup ini. Memusatkan segala amalan dari segala
    aspek kehidupan hanya kepada Allah. Meliputi aspek lahir dan batin, jasmani dan rohani.
    Baik dalam konteks individu sebagai hambaNya, mahupun dalam kehidupan bermasyarakat. 

3) Akhlak
    Akhlak yang terpuji bermatlamat mendidik manusia kearah mencapai kemajuan dalam kehidupan.


Kalau rasa tak ada kekuatan atau keterbatasan waktu
silalah hantar anak-anak pegi kelas agama (please, take this seriously!)
kita tak mampu ajar, tapi ada ustaz/ustazah yang mampu ajar
takpalah kuar duit sikit... sebelum 'orang lain' ajar anak-anak kita benda tah hapa-hapa

Demi Allah, aku tak redho aqidah anak-anak aku diperkotak-katikkan!






Sunday, July 10, 2011

A Clean Thought (Of Mine)

Posted by MR at 12:22 AM 6 comments
I am not with them; on the streets.
But I'm watching closely from home.

Nak marah, maki, hamun, carut pon tak guna.
Bila hati dah bulat, semangat dah meresap... sekat lagumana pon depa turun jugak.

Lumrah manusia.
Bila seorang kecut perut. Berdua hilang takut.
Bertiga rasa garang. Berempat mula naik berang.
Kalau dah ber 5000 orang, 10000 orang, 50000 orang??
Silap-silap boleh berperang!

Saya malas nak mempersoalkan kewajaran atau ketidakwajaran perhimpunan itu
Apatah lagi nak menjatuhkan hukum Halal dan Haram
Bak kata sorang member kat fesbuk dorjana
Ulama' pon berbeza pendapat tentang hukum berdemonstrasi, apatah lagi kita...
Berbakul-bakul orang bertekak kat Facebook, Forum dan Twitter
Macam yang saya kata tadilah,
Wajar tak wajar... cakap pon tak guna.
Makin disekat makin depa rapat. Benda dah pon terjadi.

Jadi saya selaku warganegara yang cintakan tanahair
(kalau tak cinta dah lama ai pegi duduk UK hokay... boleh main senow :-p)
Seboleh mungkin cuba memandang apa yang telah berlaku dari sudut positif.

Memang sukar mencari 'positif' dari sebuah perhimpunan yang dikatakan haram
Ibarat mencari sebutir beras pulut dikalangan beras jawi (perumpamaan reka sendiri)
Dengan huru-hara, gangguan kepada para peniaga dan sekatan jalan yang menyusahkan
Tapi sedikit-sebanyak pasti ada hikmah yang dapat kita kutip dari apa yang telah berlaku.
Cuma harus bersedia untuk buka minda, lapangkan dada.
Tak banyak, sikit. Tak dapat dua, satu pon jadilah!

Yang mati-mati benci... jangan sampai begitu
Ada bagusnya sekali-sekala cuba lihat sesuatu dari sudut yang berbeza
Yang sokong tak sudah-sudah... hati-hati, jangan sampai sokong bawak rebah
Sekarang adalah masa untuk kita rapatkan kembali jemaah
(mode ustajah : sila sarung jubah, pegang tasbih nyanyi nasyid Maal Hijrah :-p)

Tahniah kepada para petugas yang menjaga keamanan di lokasi
Khabarnya cuti mereka dibekukan sejak minggu lepas,
Kesian kat anak-bini mereka,
Kami anak-beranak sedap-sedap pi mandi sungai,
Tapi anak-bini depa terperap tak buleh pi mana pasai Abah depa kena kerja
Kalau diberi pilihan, depa pon tak hingin nak terpacak jaga orang di tengah hujan dan panas!

OK ka sekali sekala Makcik ko buat entry laguni?
Sekali-sekala ambik tau isu semasa gittew kanns...

Sila jangan petir aku kat kotak komen weii..
Jiwaku halus lagi mulus... mudah tersentuh :-p

Ai lebyu Malaysia!

*Tiba-tibe terasa rindu nak berdiri tegak nyanyi lagu Negaraku







Friday, April 29, 2011

Ustazah Bahyah Kata...

Posted by MR at 7:36 AM 0 comments
Assalamualaikum sidang jumaat sekalian 
(Jumaat jer terus sarung tudung labuh ada labuci dgn corak bunga timbul :-p)

I've jotted down this notes during Tanyalah Ustazah kat TV9 - a few weeks back masa kat kampung. Asteruk takder, katun takder... barulah merasa tengok tibi free. Not aware of this programme before, tau ada Tanyalah Ustaz ajer. Rupanya dah ada versi ustazah. Bagus kan? Anyway, kebetulan topik yang dibincangkan kena tepat-tepat kat batang idung makcik kau yang semedangnya rebel dan panas baran bila mengadap anak :))

Ustazah Siti Nor Bahyah (kalo tak silap dah Datuk skangni) memperincikan tentang 11 Ciri Ibu Mithali dalam menangani cabaran melahir, membesarkan dan mendidik anak-anak.

1) Kaya Iman
2) Kaya Amalan
3) Kaya Ilmu
  • Amalkan Surah Ibrahim ayat 4 supaya sekeluarga rajin solat - Rabbi Habli Minassolihin 
  • Surah Al-Fatihah - Terang hati
  • Maryam- Mudah bersalin
  • Luqman - Anak cerdik
  • Yusof - Cantik fizikal dan akhlak
  • Alhujurat - Mendidik hati
  • Yassin - Terang hati
  • Annahli - Disiplin
4) Kaya Akhlak
5) Kaya Kasih Sayang
  • Makan bersama - mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah
  • Surah Almukminun ayat 97-98 - Utk terlepas dari hasutan syaitan
  • Surah Assyura ayat 19 - Utk org pemarah; supaya kaya kasih sayang
6) Kaya Sabar
  • Surah Ali-Imran ayat 200
7) Kaya Nasihat
8) Kaya Harta
  • Dengan harta dapat memartabatkan agama, bersedekah dsb.
9) Kaya Kesihatan
  • Akal yang cergas ada pada tubuh badan yang sihat
10) Kaya Mujahadah
11) Kaya Hati
  • Jadilah orang yang pemaaf - Amalkan Surah Ali Imran ayat 130-136

Selamat Hari Ibu setiap hari kepada semua mak-mak di seluruh Cozyland Rawang Dunia!


Saturday, February 5, 2011

REAL GUY NEVER BLOG - my very own point of view

Posted by makcikrehan KJB at 8:02 AM 16 comments
Ni entry mengundang maki namanya...
kang kalo aku kena maki kaw-kaw,
silalah konco-konco aku back-up aku yerr.. wakakakaka!

Blog agama, politik, kewartawanan, ilmiah, gadget, humour and so on terkecualilah
yang tu memang dipelopori lelaki sejati... hehehe
ini belog yang poyo-poyo macam Makcik Rehan nilah...
kekekeke... buleh bayangin tak kalau lelaki ada belog macam ni?
ala-ala online diary gittew...
pastu sehari sampai 5-6 kali nak update
tengah stuck dalam jem pon nak citer kat blog instead of update kat fesbuk
kena marah dengan bos pon mengadu kat blog
sentap dengan bini sebab masak tak sedap pon masuk dalam blog
[sekadar contoh universal, dilarang sesiapa sentap]

PS korang selalu fire aku taww...
Ape menderlah korang-korangni dok merapik-rapik kat belog, fesbuk sumer tu hah?
Rebuih teloq sebijik pon nak tangkap gambaq!
Pastu kang berdoyon maknosia dok komen-komen... pemender ntah!

PS korang, sepanjang tahun lepas... update status fesbuk tak sampai 5 kali rasanya
yang aku ingat, satu tu pasal bola EPL...
satu lagi pasal kematian cikgu sekolah... the rest tu aku tak ingat dah
lelaki sejati tak update status selalu kata beliau. Hahahahaha

Yerlah tu bang, ko tak update status ko
tapi ko gelak baca status orang kannn....... ko coci mata tengok gambo orang kannn....
laki sappalah ni!

Aku dah immune dah dengan sindiran tajam beliau... tak makan saman hahahahaha...
abih kuat aku jawab laguni jer
Mana yu mau, ai berletiaq tot-tet-tot-tet kat blog ka....
atau yu kena tadah telinga hari-hari dengaq ai berletiaq live dari celik mata sampai pejam mata?
Hahahahahaha.... baru tau rapik tak rapik... jadi Nyiang Rapik aku kang! :))

Haritu masa mula-mula pasang modem wifi kat romahni
adala PS saja-saja menyakat aku
Rumah dah wifi baru syok main tenet, aku nak buat belog gak lah!
pastu beliau gelak mengekeh kat aku... benci!
perli aku la tu weiii....

Masatu aku risau gak,
kalau dibuat betul pakcik sorangni nak berbelog,
tak gamak pulak aku nak membayangin weiii....
betullah rasanya.... real guy never blog
kang kalau dia berbelog seropa aku,
habihla tak 'jantan' dah laki aku wakakakakak...

Bang, yu tak yah buat belog la banggg...
ai invite yu jadi co-wrtiter belog MR lah bang ekk...

Cehhhh.... tak kuasa aihhh...nak tulis-tulis belog
banyak lagi keja tak pekdah lain aku buleh buat!

Hahahahaha.... agak lega di situ.
Ha ko cariklah keje tak pekdah lain bang ekk...
jangan tulis belog tau, biar aku jer konker keje tak pekdah tu..hihihi

Haritu aku pernah discuss dengan Oli pasal 'Lelaki dan Blog'
isi lengkap perbincangan kami tak bulehla nak reveal kat sini
pengsan memasing baca ayat puaka kami nanti wakakakaka...
kami telah sama-sama buat kesimpulan berikut :

Lelaki sejati tak batak blog macam pompuan
Lelaki sejati di mata kami adalah lelaki yang hanya batak kepada 2 benda ini...

BOLA dan BINI

BOLA tu maknanya hobi yang outdoor - sports, moto/keta, hiking, cycling, fishing and so on
BINI means pompuanlah kan. Paham-paham sendirilah kategorini.
[kang kalo aku elaborate panjang-panjang, jadi blog kategori 18sx plak kang ;-)]


Sila jangan maki aku dengan terbitnya entry ini yer...
dah tulis siap-siap kat ataih tu.. MY VERY OWN POINT OF VIEW
tapi anda dialu-alukan untuk meronda di alam maya
dan singgah ke segenap pelosok belog
kalau andaikan anda tersinggah ke belog orang lelaki
nahhh.... coba anda bayangin 'kejantanan' lelaki ittew!

xoxo <----- lagi feeling-feeling gadis remaja posing peace! :))


.











Wednesday, December 15, 2010

SEMUA ORANG BERHAK MERASA BAHAGIA

Posted by MR at 12:05 AM 14 comments
Adala tu yang senyum-senyum ;-)

2,3 harini migrain menjadi-jadi.
Nyut-nyut dari kening sampai ke mata.

Rasanya maybe terlebih hadap komputer kot.
9-5 kat PID dah sah-sah hadap komputer.
balik umah, sementara tunggu Mencah mengantuk,
hadap lappy lagi [tibi dia konker]
pulak tu tido tak cukup sejak Asyraf kena chicken pox haritu
[tapi skang dah slowly get back to normal routine]

Nampaknya haku nak kena kurangkan mengadap komputer
dan join Pakcik Sepol hanak-hanak ni tido seawal mungkin
[tido lewat-lewat turut memburukkan penyakit resdung hakuni tau]
sebagai permulaan, kenala aku reduce entry harian
buat 1 atau 2 entry sudahlah sehari
dahla entry meraban jer yang lebih...
aku baca pon meluat, orang lain baca laaaagilah menyampah
betul-betul dasar syiok sendiri :))

Selain tu, kena jugak watch-out food intake saban hari
sedang berusaha nak cut-off caffeine and Milo
Dulu, asal minum/ makan chocolaty food - kompom kepala ting-tong
la ni dah jarang-jarang kena migrain, tapi sekali dia maiiii.... memang berdengung!
agaknya ni sebab stress hujung tahun sama kot :))

Sedikit pencapaian yang agak memberangsangkan sejak 2,3 mingguni
So far dah berjaya tinggalkan Nasik Lemak setiap pagi
dan nasik campur menggunung dengan kuah lemak santan during lunch
juga goreng pisang akak simpang di petang hari

Breakfast skangni either toast, karipap atau tumpang macaroni sup budak-budakni sajork
Lunch dah berjaya alternate 2 atau 3 hari sekali saja
ambik nasik sikit bebeno sampai budak kedai tu beliak-beliak mata tak percaya kat haku
[yer dikkk... hakak ko tgh coba makan secara berhemah dikkk]
lauknya pulak ikan jaket bakar dan ulam-ulaman,
[asek pekena ulam sampai rasa nak berkebun pulak haa :))]

Snack harian di PID adalah biskut Jacob kering kontang
memang tak sedap, tapi layan jerla...
keburukan makan biskut kering ni... ANGIN!
akuni kalo makan makanan berunsur gandum memang akan mengundang angin
sampai sebu-sebu perut... nak kentut tak buleh pulak tu :))

Petang-petang nak balik kerja
kadang-kadang singgah jugak gerai goreng pisang akak simpang
tapi tak beli dah goreng pisang atau keledek goreng
sekarang akan opt for fishball cucuk-cucuk atau keropok lekor nipih-nipih tu
tak buleh jugak kalau tak singgah gerai dia langsung,
akak tu baik taww... silaturrahim kena jaga... hihihi [warak sungguh alasan aku kan :-p]

Memalam memang dah jarang-jarang sekali makan yang heavy metal :-p
kalau rasa lapor sesangat, petang sebelum balik umah
aku tibai bihun sup siap-siap kat kedai kolam pancing
takpon gigil-gigil bakar roti Gardenia, celup dalam Milo O...
kalo time lapo tahap gigil, percayalahhhh... roti kering lagutu pon sedappp!!

Seminggu 2 kali aku rendam Teh Orang Kampung memalam
saja bagi dia cuci taliperut aku
yang paling syok, bukat setakat memerut,
dia tulong push keluar angin-angin yang bersarang dalam badan gumuks aku ni
lega la sikit sebu-sebu perut tu... :-p

Routine baruni bukan tujuan nak menguruskan badan sangat pon
Perkataan Menguruskan Badan tu dah macam Taboo bagi aku
lagi aku kata nak kuruih, lagi sakan aku mencekik :))
baik aku disiplinkan diri pelan-pelan
makan secara berhemah dan beretika <----- poyo siot!

Bak kata Zalia haritu, kamini dah redho dah dengan body tayar Michelin kami ni
tinggal lagi, buat semua-semuani demi nak menjaga kesihatan
maklumlah... umo baru 31... [baru ker?? :-p]
anak pon baru 2 orang...kecik-kecik lagi...
nakla kami-kami ni menikmati hari-hari dewasa dengan kesihatan terbaik.. cewah!

Sekali-sekala balik kampung jangan tanyala weiii
tibai sungguh-sungguh jugakkk... tak toleh kiri-kanan dah :))
hati mak kena jaga weiii... kater anak solehah kan [best lagi alasan aku kan :-p]

Harap-harap, lepas sebulan dua aku makan secara berhemah ni
takdela orang tu sound aku BESOR MACAM PINTU dah lepasni...
downgradela sikit harapnya... jadi BESOR MACAM TINGKAP
comel sikit telinga aku dengar khennn ;-)


Apa kaitan tajuk dengan entry?
kah kah kah kah... mental betul aku!



.









Saturday, December 4, 2010

BERPESAN-PESAN KE ARAH KEBAIKAN

Posted by MR at 10:51 PM 6 comments
Disedut dari belog Bonda.

Rasanya bukan orang taktau,
tapi buat-buat taktau kot. Hehehe...

Sama gak macam kes sanggul bonggol unta tu
muhongla kalau tatau kan,
hadap internet kat umah, dalam keta, dalam jamban, kat henpon bagai...
mostahilla kalo tak dapat info kan?
tapi kalo nak berbonggol jugakkk, lantak pilah!
laki depa tak marah, aku nak marah pesal?

Sabda Rasulullah SAW:

"Akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. Mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam Syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. Dan sesungguhnya wangian Syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan."
(Sahih Bukhari)

Yang terbaru pasal legging pulak.
Konsepnya sama jahhh.... demi nak berpesen kan,
busana moslemah la konsepnya kot...
ataih katup tapi bawah ketat dan sendat.

Kaki aku cam balak hanyut, tak gamakla nak berpesen laguni
tapi kalo aku kurus mcm sungai ramping [slim river] pon
pakai macamni, mampuih kaki aku kena tebang dengan bapak aku!





















Soalan trivia,
skinny jeans, tight jeans... apa macam eh?

Wei Bonda, aku terjerit-jerit tengok puntianak Luna Maya ko tu tau tak! :))


Tuesday, November 30, 2010

BELUM TERJEBAK

Posted by MR at 11:56 PM 15 comments
Hari-hari haku meratib kat blog Aidid neh.

Bahasa dia pakai memang giler lancang,
kalau cakap depan org tua gerenti dah makan pelempang ;-)

Haku tidak sekali-kali mengagungkan keceluparan dia,
anggap saja ianya reverse psychology demi menarik pembaca.

Mesti ramaaaaai sangat yang tak suka dan tak setuju dengan Aidid neh
sampai satu tahap, aku sendiri pon kadang-kadang terdetik;
Segala mender ko bantai Aidid oii, apa yang tinggal?
Aku pon anti MLM jugak, tapi takdelah sumer pon aku nak bantai hehe...

Tapi bila haku baca dan pikir dalam-dalam;
Eh, betul gak ekk... apsal aku tak terpikir ekkk?

Quite true,
Nak bisnes kalu... bisnes betul-betul.
Markup berpada-pada dan jual secara telus dan beretika kepada pengguna.
Jangan bertopengkan barang, tetapi sebenarnya manipulate orang dalam money game!

Dulu masa haku baru-baru grad,
ada sedara bau-bau kentut yang graduate overseas beriya-iya approach haku
sedangkan selamani tak pernah langsung nak bertegur sapa
ajak datang umah... masak macam-macam utk haku
dah dia masakkkk... aku tibai jerlah! hahaha
tengok haku liat semacam, bawak pulak pi makan pizza
dah jamuuuuu... kang tak makan kecik ati lakk... haku tibaiiiii kekekeke...

Dan slowly... depa masuk jarum
O*e*a T*e*d dude! sapa pernah 'kena' sila angkat kening!
Bawak haku pegi kelas make-up lah... motibasilah....
sorry naek lorry.... money game memang haku liat nak terjebak
salah satu sebab utama adalah haku mana ada duit! muahahahaha...

Time tu nak buat loan tak senang macam skang
Ahlong Bukit Beluntung pon blom wujud
so, sapa-sapa yang poket bocor macam haku memang orang MLM tak mandang arrr...
Selamatttt... kekekeke.

Haku pernah query kat sedara kentut aku tu
masatu dia baru habis buat 'pembentangan' yang haku tak paham sepatah haram... hehe..
Mender yang kompeni ko buatni bukan ker sistem piramid?
ko kelepet orang bawah, so that ko buleh naik?

Best giler jawapan dia... tak sia-sia MARA sponsor ko pegi obersi :-p
Ko bagitau aku, kat mana dalam duniani yang takde sistem piramid?
ko keje kat opis - kuli 50 orang, supervisor 5 orang, bos kecik 2 orang, bos besor 1 orang
cuba ko lukih carta organisasi opis ko tu... apa bentuk ko dapat?
ko kerja macam nak mati... ko tak akan buleh cantas org atas ko
or else ko akan terkeluar dari sistem!

Aku senyum sajalah,
nak berbalah pon tak guna... aku bukan pandai sangat
MARA sponsor aku kat uni local ajer... biarlah dia rasa dia menang,
janji dia tak henjut aku suh invest dgn dia dah!

Bertitik tolak dari situlah haku mula alert pasal industry MLM kat melesya neh
dari sehari ke sehari, industry ni makin berkembang biak rupanya
konsepnya standard punya... bukan nak kaya, nak bantu orang susahhhh
kekekeke... bantu org susah kepala hangguk ko!

Mak bapak aku kat kampung dah berapa ribu hengget kena kelepet dengan puak-puak MLM neh!
tiap kali aku balik kampung, aderrr jer barang tah hapa-hapa yang depa kena paw
sampai berbuih mulut aku pesan kat depa jgn layan org jual barang ke... suruh jadi ahli ke ape
nak bantu orang susah kononnnn... lagi menyusahkan orang yang dah susah ader lah!

Berapa ramai penjawat awam yang menanggung beban hutang 20k, 30k, 40k malah sampai 50k!
yang kunun-kununnya dipinjam sebagai modal memulakan perniagaan
padehal duit tu segedebuk dihempuk dalam bisnes MLM
dah ko hempuk dalam tu, ko goyang kaki plak tu...
dengan harapan kunun-kunun buleh dapat sebijik keta Mercedes mata bulat...
ha bulatlah bijik mata ko! kekekeke....

Hohoho... menyesal pon tak guna beb
dah ko hutang, ko bayolah sampai habis!
padehal kalo duit tu ko hempuk dalam ASB,
hujung tahun nanti dapat gak ko makan hasil riba

Hasil dari sekalian umat manusia yang bergelumang hutang inilah....
makanya ada sejemput insan-insan diatas sana yang sedap-sedap drive Merc mata bulat!
kalau query balik kat depa, mati hidup balik pon depa tak mengaku punya
jawapan standard, haku berkerja keras untuk berada di tahap sekarang!

Keyword dia simple jer bagi aku
Hamba Allah di dunia ni terdiri dari pelbagai jenis dan pelbagai kecenderungan
saling berkait dan bergantungan antara satu sama lain

Ada yang jadi boss supaya dia buleh bayar gaji kuli
ada yang jadi kuli supaya ada orang yang akan buat kerja
kalau semua jadi kuli, sapa yang nak bayar gaji?

Ada yang jadi doktor supaya dia buleh merawat pesakit
ada yang jadi cikgu supaya dia buleh mengajar anak bangsa
kalau semua nak jadi doktor, sapa nak ajar anak aku kat sekolah nanti?

Last but not least...
kalau semua nak drive Mercedes mata bulatttt
sapa nak beli keta kontot kompeni laki aku weiiii??


p/s : kalau aku kena bambu, silalah kamu-kamu back-up aku weiii! muahahaha!








ShareThis