Showing posts with label Outing. Show all posts
Showing posts with label Outing. Show all posts

Thursday, June 7, 2012

Melaka yang jammed dan panas!

Posted by MR at 9:14 AM 12 comments
Assalamualaikum WBT



Semua gambar-gambar bangunan yang aku tempek ni kami jumpa 2-3 kali
pusing-pusing asek masuk jalan yang sama dan jumpak bangunan yang sama
Carik parking tak jumpa-jumpa, Abam Aril kau stress menggila!
Akak stress sikit-sikit saja, pegang kamera jadi mamarazzi dari dalam keta,
dan tala ekon direct kat lobang idung hehehe...

Pegi Melaka ni asalnya nak ziarah anak buah Nenek Onah (sepupu PS)
Bertolak dari PD pukul 10, pukul 1 baru sampai rumah sedara tu
konvoi kannns... biasala... kau tunggu aku, aku tunggu kau
kau berak, aku kencing, anak aku pulak kencing, anak kau pulak berak
salah simpang, salah lorong, salah kona, salah potong bla bla bla...

On the way balik dari rumah sedara tu yang kami plan nak jenjalan kat town melaka
konon nak bawak kanak-kanak tengok bandaraya bersejarah gittew...
haru dan bertobat!



























Tuesday, June 5, 2012

Rest House

Posted by MR at 10:31 AM 2 comments
Assalamualaikum WBT


Akak dah malas dah nak mengarang,
maka saksikanlah gambar sebeban.
Captions hanya menyusul bagi gambar yang perlu saja.

Rest house ni besor. Ngam-ngam soi la utk kami 4 family
2 tingkat. Ada 4 bilik yang selesa dan fully aircond (lega di situ)
Dalam kawasan ni ada 4-5 bijik rest house yang lebih kurang sama.
Eh takla sama, ada satu tu untuk yang kasta tinggi - director.
So nampak bungalow dia lebih up sikitlah.
Tapi yang kami duduk tu pon dah OK sangat dah bagi kami yang marhaen ni :)
Harga satu malam akak tatau berapa, tak mahal rasanya sebab harga untuk staff kan


























Wednesday, May 2, 2012

Cukuplah sekali. Janji dah penah pegi :))

Posted by makcikrehan KJB at 9:04 AM 11 comments
Assalamualaikum WBT

Cameron Highlands.

Kalau tau jauh macamni,
jalan melengkar tajam-tajam laguni... tak datang pon takpa. Serik!
Itu kata Abam Aril kau :))

Akak tarak hal, dari kampung sampai ke Simpang Pulai sedap buat taik mata saja.
Nak naik bukit tu tak dapat dahla buat taik mata,
pasai kecut perut tengok Abam kau bawak keta macam tengah berlumba
Dah tau selekoh tajam, lagi bawak laju-laju fefeeling bawak Subaru. Choiiii!

Jauhnya wei. Aku ingatkan dekat. Huahuahua.
Pulaktu, aku ingatkan best. Sekalinyer hampeh dot com dot au!
Dari Simpang Pulai nak naik ke atas tu 180km, tobat la Kak Senah tak pegi dah. Haha.

Abam Aril kau tak abih-abih dok mengomel,
Tah apala yang best sangat kat sini yang Mak hangpa nak mai sangat ni
Dahla jalan sempit, bangunan buruk-buruk, takdak pon taman bunga ka apa
Ingatkan syiok macam Genting, ada taman menan ka apa
Tak abih-abih jumpak ladang stoberi dengan sayoq saja
Orang hanimun syiokla mai sini, buleh perap dok dalam bilik 24 jam :))

Akak diam jer u olls. Diam kan tanda bijaksana.
Walhal aku dah takde hujah, memang betoi apa yang laki aku kata tu.
Takdak apa kejadah yang best pon kat ataih tu. Padan muka aku.
Dari tahun lepas dok menyanyi nak ajak pi Cameron kan. Hambik kau! :))





















Nak begambaq dengan anak-anak sendiri pon payah! Depa takmau kat Pak depa.
Ha lepasni selalu-selalula tinggai anak-bini tau Bang.
Kami bermalam kat hotel yang tersebut di atas tu ler.
Satu lagi satu hampeh dot com dot jp! Sila semua orang sila pangkah ye.
Abam Aril kau sampai mimpi meracau tau. Ngeri di situ.
Tataula kalau meracau dibuat-buat sebab nak bangun tengok bola Man U lawan Man City :p






















Selepas Mak depa campur tangan.
Pujuk-pujuk, baru mau ambik gambaq dengan Abah depa.
Makin lapang kepala awak Bang. Lapang macam KLIA. Muahahaha.
Seluar Aisyah tu very the Tabligh looks kan? Baru beli masa balik kampung itu hari.
Dasar emak-emak kan, beli baju anak mesti nak up 1 tahun.
Sudahnya jadi gitulah. Menggelobos.
Berkira sangat, macamlah aku yang beratur pi bayar kat cashier! Hahaha






















Bila suruh bergambaq dengan mak depa sikit punya steady.
Kau tengok kaki Mencah. Siap bersilang-silang gitu
Cam ginilah rupa ibuk mitholi. Tahu? kehkeh.




































Kesian ini budak. Nakkkk sangat petik stoberi.
Dia dah blajar cara nak petik stoberi dari Special Agent Oso sejak tahun lepas lagi.
Sekali pegi tanya, setengah kilo 30 hengget. Itu minimum tu.
Abah depa terus cakap tak payahhhh. Pegi posing dengan pokok dalam pasu tu saja.
Ada signboard Don't Touch. Akak cakap kat dia, Kakak jangan touch. Kakak tunjuk saja.
Bagitau satu donia, itu pokok stoberi. Muahahahaha.
























Dekat pintu masuk Time Tunnel Cafe.
Aku jumpak cafe dia saja. Muzium dia yang bayar sploh hengget tu tak jumpak pon.
Mencah manjang buat spoil gambar.
Pedulikla, janji gambar akak cun.
Maklumla, awal-awal lagikan. Bedak dengan pondesen belum cair :))
Yerrr... yerr.... akak sedar. Balik-balik dok pakai tudom tu je kan?
Abih nak wat camana... akak pakai tudom tu nampak extra cun.
Tu pasai asek serlom tudom tu jer selalu :))






















Muka benyek sebab nak belon Angry Birds macam Adik.
Yang adik dia takdak keja lain. Melalakkkkk satu bukit pasai nak belon.
Stress akak. Pakcik kedai makan dah jeling-jeling.
Apek juai buah kat depan tu dah baper kali ketap bibir.
Duit sekupang pon akak tak pegang. Semua kat Abah depa.
Abah depa tawaf 80 kali cari parking tak dapat-dapat.
Kat atas bukit pon akak stress tau. Benci sangat tawww...


 



















Binatang ular, Mencah beria-ia hendak. Abahnya turutkan saja.
Akak tak campur tangan (simpan wallet ketat-ketat dalam bonet keta :p)






















Akak jumpak satu papan tanda tu tulis SELF PICKING.
Bila dia tulis versi BM jadi MEMETIK DIRI.
Wah hebat. Akak speku pekerja Nepal dia yang tolong buat papan tanda sebesor alam tu :))
Gambar sebenar akak tak snap, masatu keta tengah bergerak pantas.
Gambar di atas ni sebagai pedoman je.













































Kalau akakni pengusaha kek beledu merah, harus akak borong satu bakul buah stoberi ni.
Apek yang juai ni dok jerit : Offer! Offer! Satu pack rm13, 2 pack rm25.
Kami melepak makan nasik lemak belakang stall dia dari pagi.
Dari pagi jugakla dia dok temberang Offer dia tu. Berduyon maknosia membeli! 
Tapi memang stoberi dia paling cun banding yang orang lain juai.
Orang lain juai satu pack rm10 saja.
























Puas hati.
Dua-dua dapat belon Angry Birds!























Ni laki sapa tahni. Degil sangat.
Aku kata jangan beli buah stoberi tu Bang, haritu Ibah bagi pon aku jenuh paksa nak makan,
kang ko beli sapa nak makan? Takpa, kita bagi jenjiran.
Barula jenjiran tau kita dah sampai Cameron.
Laki sapa nih! Haddoiii....







Buah, sayor, stoberi. Itu jerla yang Akak asek jumpa.
Sekali-sekala adala jumpak orang juai bunga.
Geleng kepala Abam kau, beli sayo dengan buah sampai 50 hengget.
Seumo hidop tak penah pegi pasar beli sayur sampai 50 hengget tahu!























Masa akak snap gambarni, Abam Aril kau gelak kat akak. Peghak dia kata.
Akak bagi tendangan jurus kuda belang black belt kat dia :))
Tapi lepastu akak terus simpan camera. Betul jugak kata dia.
Peghaknya hakooo!

On the way balik, akak lowered seat keta, tala ekon betul-betul tang lubang hidung,
peluk Asrap ketat-ketat, sendal dengan bantal....
Sampai Bukit Beruntung baru akak celik mata :))

Terima kasih tuan driver merangkap penaja keseluruhan percutian.
Walaupon hotel kita duduk haritu tersangat hampeh dot com dot uk,
kami anak bini sangat happy dengan percutian singkat ini.

Mari akhiri entry ini dengan serangkap pantun 1 melesya:

Pagi-pagi petik stoberi,
Petik stoberi bersama Kumari,
Kalau ada rejeki lebih lagi,
Silalah bawak kami pegi naik bukit lagi (bukit lain la pulak)







Tuesday, March 20, 2012

Mendikari

Posted by makcikrehan KJB at 9:00 AM 1 comments
Assalamualaikum WBT 




Muntah hijau la korang. Pagi-pagi kena hadap muka Akak.
Akak memang, selagi tak abih tepek gambo, 
sampai minggu depan la kau kena hadap muka akak dik.
Bertabah lah.

****

Emak harus jadi macam emak orang lain
Bapak takpa, tak srupa bapak orang lain pon tak apa
Bapak kan tanggungjawab besor, mak ni harap badan je besor... kan?
Emak buat apa-apa semua nonsense. Lain kalau bapak. 
Bapak buat apa-apa semua make sense.

(mencarots dalam hati)

Gambar tiada perkaitan. Bantailah.



Anak-anak akuni tetamu patutnya.
Tapi gaya belemoih depa tu, macam depa pulak yang tuan rumah bukan ka?
Beruntunglah 3 kanak-kanak comel di atas yang emak bapak mereka 'srupa orang' :))


*****

Sekali-sekala bawak jugaklah kanak-kanak keluar kandang
supaya srupa anak orang...



Apa-apahal, muka akak kena kluaq dulu. Anak dok belakang lemak sudah.
Akak kan retiz instagram :p




 Mana buleh membiar emak membajet retiz sorang-sorang.
Saya ni anak dia ni. Mana lagi tumpahnya kuah, bukan ka?







Lain kali kalau dah abih kertas, kamu conteng je dinding restoren tu nak :))




 Pengakuan benar - ini adalah 1st time makan kat Wendy.
Sedap dan murah. Babai Mekdi!




Hero memang macamni. Payah nak shoot gambar dia.
Meligat macam lipas kudung!


 



Makanlah nak. Sekali sekala mak belanja.
Eh, mak belanja. Tapi Abah kau yang bayar. Kah kah kah!




Wednesday, March 14, 2012

Outing

Posted by makcikrehan KJB at 9:15 AM 1 comments
Assalamualaikum WBT

Bangkit pagi je Aisyah mintak nak pegi sekolah.
Sian dia... aku tau bosan duduk rumah.
Cuti skolah seminggu, tapi Abah plak tadak nak bawak pi jalan-jalan.
Kesian punya pasal, aku terbuat janji dengan dia - nanti petang kita pegi Jusco.

5 minit sekali dia datang tanya,
Mama dah mandi ke?
Mama dah solat ke?
Mama dah sedia?

Aku bagitau kita pegi lepas Mama solat Asar. Bagi baby tido dulu kejap.
Masa adik dia tengah tido, dia datang hinggut katil. Lalu adik pon bukak mata.

Mama, baby dah bangun la!
Jomlah kita pegi Jusco.

Adoi... mengah aku nak jawab soklan.
Mama dah solat? Sudah ke Mama? Boleh pegi tak Mama?

Pukul 5.30 camtu kami pegi.
Elok nak kunci pagar, gerimis mula mengundang.
Aiyooo... kena hujan balik. Akuni baru gaya nak kebah demam ni.

























Kakak nak makan apa?
Saya nak mushroom soup macam yang Babah beli haritu.
Tekak Manhattan, tok leh kata apa :p




















































Yang kecikni berlari sana-sini macam tak cukup padang.
Tapi bila jauh sikit, tanampak kelibat aku... terus melalak kaw-kaw!
Chaittt... ingat samseng sangat. Samseng celah tiak Mak! :))





Thursday, September 29, 2011

Open house kaum kerabat

Posted by MR at 9:22 AM 2 comments
Tempek jelah gamba banyak-banyak eh.
Opeh house romah mak sedara aku kat Klang.
dah nak balik baru aku kuar kamera, malas lah.





























Hijau Langit buat muka mintak pelempan, Aisyah gedik memanjang.
Aisyah kata baby itu sangat comel (anak cousin aku)
Ya memang comel. Macam muka Mama masa baby dulu-dulu. Hehehehe...





























Asyraf macam biasa. Bebas melata.
kutip batu, kikis pasir, lari sana-sini... ni ikut perangai Abah ko la nih!










Bapak mithali rapia :))

























Balik romah semua barai!







Thursday, September 15, 2011

Percubaan yang gagal

Posted by MR at 12:01 PM 3 comments
Semalam kita bawak kanak-kanak pegi tengok The Smurfs
Bahana terrbuat janji dengan Mencah la nih
Hari-hari dia tuntut janji, asek tanya bila nak pi tengok wayang

Ini wayang kesekian kalinya untuk Mencah,
tapi percubaan pertama untuk Asyraf
Takpa... seat dia free (kata pihak penaja :-p)

Aku ingat citer kartun kanak-kanak semata,
rupanya dongeng merapu siap ada maknosia sebenar. Layan jerlah.
Mencah memang enjoy gila. Terpaku kat seat dari awal sampai habis.
Siap gelak berdekah-dekah. Macamla paham bebeno.

Asyraf?
Masuk jer, melalak terus tengok bilik gelap gulita. Speaker pulak kuat berdentum kan.
Tapi bila movie start, dia terpacak gak tengok movie untuk sejam yang pertama.
Orang gelak dia pon gelak, sambil tunjuk-tunjuk skrin. Macamla paham bebeno.

Lagi setengah jam?
Haru-biru-kelabu!
PS la terpaksa berkorban bawak dia lepak kat luar hehehe
Lalu Mencah dan emaknya dapat menonton dengan aman :))


Sebelum menonton, kita bersantap dulu.



























Dimana? Alah, disebelah TGV tu jer.
Tu Asrap pegang menu tu. Ada nama kedai kat situ.
Makan laju-laju, 15 minit selesai.
Kejar movie punya pasal. Hahaha.





























Lepas abis movie, kita seret kanak-kanak pegi bilik persalinan.
Tukar apa yang patut sebelum berlaku kebasahan dan keciciran.



























Eh cantiklah nursery room ni. Suasananya sangat selesa. Saya soka wallpaper biru dia.
Jom buat romah kita macamni nak Bang?
Apa ko ingat romah kita tu Taska?
Sentap! #Tangan Di perut, Mata Terkuyup ---> dah ada orang create ke belum?































Terlampau selesa sampai berbaring kat lantai!
#Tangan Di pinggang, Mata Terbeliak ---> dah ada orang create ke belum?


Dan ini income tax untuk minggu ini :))




























Monday, August 29, 2011

Sambil-sambil

Posted by MR at 8:10 AM 0 comments
Mari kosongkan memory camera,
supaya buleh tangkap gambo raya manyak-manyak :))

Sambil-sambil alter baju raya, prewash baju raya, iron baju raya dan lipat baju raya,
mari tempek gambar-gambar yang belum ditempek

Ini masa kita kat McD Sogo,
Alahhh... yang kita jumpa ramai orang tak puase tuuu...

Ini antara ummat yang tak puase pada hari kejadian :-p






































Ini pulak semalam.
Kita pegi kedai kakak ipar kat Antara Gapi, pergi usha kot-kot ada baju raya saiz kita
Mujur ada... dapatla laki-bini baju raya sorang sepasang,
walaupon kalernya adalah kelabu taik hanjin hehehe...

Budak bertuah sorangni dapat tudom Syria dari Endak dia
suka yang teramat, pakai tudom tu sampai malam tau
walaupon pakai gown paras lutut, tetappp nak pakai tudom
obsesi pink sangat-sangat anak PS yang sorang ni (^_^)

Dengan cousin merangkap BFF dia... Kakak Farah (anak maklom)







































Pagini hujan... sayu jer rasa hati kan
Ramadhan dah nak pergi... InsyaAllah tahun depan jumpa lagi
Walaupon Ramadhan dah nak berlalu,
teruskanlah momentum ibadah yang kita dah pupuk selama 30 hari Ramadhan ni

Anyway, esok dah nak raya
Hari untuk bergembira, meraikan kemenangan
jangan lupa amalan sunat di pagi 1 Syawal ya...

Eid mubarak!






ShareThis